Friday, February 3, 2012

Timeline...

Buat masa ni aku still relax lagi.. although kadang2 tu tak boleh tido malam memikirkan E-day tu...... Ciss.. 9 bulan lagi! Tapi dari tahun lepas sebenarnya aku dah tulis dalam nota..bila nak start beli barang etc..

Demi memastikan barangan yang dibeli tak terlalu mahal namun takde kata orang berbudget sangat2.. aku set dalam kalendar, duit mesti ready dlm April. 

Bulan2 penting..:

April : 

  • Tengok2 Airasia offer untuk honeymoon bulan Januari tahun 2013.
  • Tengok2 JCARD day


Mei:

  • Tunggu Clarks Warehouse sale.. hmmm...
  • Tempah Mak Andam & Dewan


Jun:

  • Mid-Year Megasale!


Julai-Ogos:

  • Bazaar Ramadhan & Diskaun Raya!


September:

  • Tempahan Bekas Hantaran
  • Tempah kasut


Oktober:

  • Hari Raya Haji
  • Gubah VIP Doorgift / Bunga2..




Wednesday, February 1, 2012

Cincin Merisik


Alhamdulillah, hari ni masuk gaji. encik boifren terus ajak beli cincin merisik.

Ai maklumla.. orang jari besar ni..kena angkut dgn org2nya skali bila nak beli cincin..Kebetulan haritu masa encik boifren training kat Semua House, dia ada ternampak kedai emas ni jual emas 916 pada harga yang lebih rendah.. Harga emas 916 biasanya RM 187 segram sekarang ni, tapi kedai tu jual RM 161 segram haritu. Aku pun pergilah dengan encik boifren haritu belek2.. tapi masa tu sen tak ada.. seganla pulak nak tanya panjang2. Aku ni pemalu sikit.. kalau tak de duit, takde aku nak belek lebih2.

So apa lagi, hari ni kami ke Fara Jewels kat Jln Masjid India, betul2 sebelah Wisma Haniffa..Kedainya kecik dan comel aje, tapi staff memang friendly. Satu kelemahan cuma kedai ni tak banyak sangat choice, tapi kalau tak silap dia cawangan kedai mas seberang jalan tu.. ehh apa nama dia..lupa pulak.

Hari ni harga emas dah naik sikit.. RM 164 segram. Belek punya belek.. aku ni tak cerewet tapi aku tak nak cincin lebar macam kebanyakan cincin belah rotan. Rimas pakai cincin macam tu lama2.. dan aku kalau boleh bila dah pakai cincin ni (esp cincin emas), tak nak bukak2.. sebab takut tercicir .. So aku tenung cincin yang halus dan comel (sambil muka berkerut2 fikir saiz).

Salesgirl yang layan tu memang muka friendly, nampak macam baru lagi. Dia tunjukkan cincin yang lebar gila, terbeliak mata aku kejap. Dalam hati berkata, "Mak ai besarnya... adeh.. mesti mahal,". lagipun memang aku tak suka cincin besar (atau tebal).Another thing, aku tak nak encik boifren spend banyak2 kat cincin merisik ni. Bukan lama pun.. bulan November nanti dah bagi cincin kahwin...haa.. yang tu aku nak mahal..heh heh heh.... So aku pilih cincin ada kerawang2 sikit dan ringan..( less than 2g ok.. aku nak jimatsss). Alhamdulillah, boleh dibesarkan.. anggaran dalam RM400++... siap dalam sejam.

Kami pun ronda2 Jln Tar.. belek2 kain, tudung..etc.. dan datang kedai tu balik lepas cukup sejam. Cincin siap, cantik dan upah pun murah 20 hengget aje.. Timbang balik tak sampai pun RM400.. Alhamdulillah, settle cincin merisik. Mana gambar cincin? Mana leh tunjuk..hehe.. lepas bakal kakak ipar sarung kat jari aku.. baru aku tunjuk yerrr.. hehehehehe.. .. .. 

Cincin!!

Ahh.. cincin...

Aku ni tak berkira sangat barang hantaran... Murah tak kisah asal nampak elegan.. tapi masalahnya dengan ORANG GEMUK cam aku ni.. serba serbi mahal dan besaq...Adeh adeh..

Jari besaq, kaki besaq, badan dah memang besaq, kepala pun besaq (buat baju kena potong leher besaq sikit..).. kadang2 mengeluh panjang.. 

So, aku bgtau encik boifren.. barang2 lain murah aku tak kisah.. cuma aku nak cincin kahwin mahal..itu aje. Sebab itulah satu2nya yang memang akan berkekalan sepanjang hayat (Insya-Allah). Tapi jari besar kan.. nak tak nak pun memang mahal cincin tu.. (kesian encik boifren ku...).

Dari sekarang aku dah start jenguk2 kedai emas dengan encik boifren. Harga emas pun dah turun sikit sekarang, so murahla sikit. Merisik nanti, ada cincin ke tidak entah yek.. tengokla...... 

Tetapi terus terang aku katakan, aku tak berapa suka cincin belah rotan.. cincin tebal2 macam tu.. buat jari aku berpeluh. Aku suka pakai cincin terus tak bukak.. so aku nak cincin nipis2 aje.. (harapnya begitu ..tapi dah jari besar kan....most probably kedai tu pun akan cakap..kecik2 mana boleh..nanti cincin pecah masa nak besarkan ..hu hu)..

Maka, buat masa ini..aku berangan2 melihat cincin dan tersengih2 membelek jari sendiri yang masih bogel dan gemuk itu... :p

Friday, January 13, 2012

Merisik

Mula2 nak buat semua sekali all in aje, tak perlu merisik, meminang, bertunang terus aje nikah dan buat walimatul. Tapi mak suruh at least masuk meminang / merisik supaya majlis dan tarikh tu kira dah confirm dan bolehla diberitahu pada ahli keluarga lain. Apa2 pun mak kata, kenala at least org tua2 berbincang untuk confirm. 
So, dah beritahu pada encik boifren dan dia pun dah bgtau kakak dia. Sekarang kena confirmkan bila masuk merisik tu dan jugak beli cincin tanda. Hmmm.. sekarang patutnya harga emas dah turun RM156/gm tp nampaknya kedai2 still harga RM187/gm. Tunggu dulu.. dah nak dekat nanti beli pun sempat lagi.