Friday, December 16, 2011

Kursus!! Part 2

Alhamdulillah, selesai sudah kursus kahwin. Banyak jugak info dapat mengenai mendirikan rumahtangga, pengurusan konflik, dan jugak kesihatan. Menarik kursus kahwin ni, banyak ilmu dapat dan insya-allah dapatlah lebih bersedia bila berumahtangga nanti. Sijil akan dikeluarkan minggu depan so, lepas habis kursus tadi ingat nak pergi jalan kejap.. tapi hambik ko.. balik tu kena hujan sampai basah lokos. Balik rumah dah rehat ajela.. dah la tadi malam tidur tak cukup sebab anak2 buat hal.. macam2 aje..

Masa nak kena bangun awal, masa tu la dia buat bising kejar cicakla.. jatuhkan kerusi la.. apa2 ajela kucing ni.. Hehehe.. kalau cerita kat mak aku mesti dia kata.."Tu la, gatal sangat nak bela kucing". Dan diambilkan, bela ajela.. sabar ajela dengan kerenah anak2 angkat 3 ekor tu.. hehehe..

Cerita pasal kesihatan selepas mendirikan rumahtangga, antara pesanan yang menarik aku dengar ialah jangan suka makan benda bergula masa mengandung, nanti anak dilahirkan tu akan hiperaktif. Mungkin ada betulnya, sebab sekarang ni banyak betul benda2 segera yang banyak gula menyebabkan banyak kanak2 sekarang ni agak hiperaktif. Dan bakal2 ibu di luar sana kalau nak anak cantik, amalkanla baca Surah Yusuf yer.. (aku fikir banyak kali tang ni.. kang anak aku hensem/cantik sangat.. x khusyuk belajar.. asyik kena kejar aje... ~.~). Hehe.. nak tau banyak lagi petua dan info2 ni.. kenalah korang pergi kursus kahwin ni ye... seronok..

Terima kasih saya ucapkan pada Mahligai Firdaus Sdn. Bhd. yang menganjurkan kursus kahwin selama 2 hari ni dengan penceramah2 yang amat bagus dan penuh dengan informasi. Saya amat berpuas hati dengan ceramah2 yang dibentangkan. Segala benda semua ada, dari asas pra-perkahwinan, ilmu fardu Ain (tak detail tapi alhamdulillah ada diserapkan), procedur perkahwinan, pengurusan stress dan konflik serta pengurusan kewangan selepas berumahtangga. Senang aje nak booking, guna SMS aje pun boleh. Insya-allah dengan segala maklumat yang saya dapat dari kursus ni, bahagialah rumahtangga yang dibina tu sampai ke akhirat kelak.

Wednesday, December 14, 2011

Kursus!!!

Haa, hari ni aku bangun awal... pukul 8 dah bangun, mandi dan pakai baju kurung cantik2 (baju kurung yang dah naik berhabuk dan berdebu sikit tu sebab lama tak pakai). Apa tujuan? Kursus kahwin! Walaupun majlis pernikahan aku laaaammmaaaaaaa lagi, aku buat keputusan untuk pergi kursus sebab dengar ura-ura modul akan ditukar dari 2 hari ke 3 hari 2 malam (betul atau tidak, entah yer..). So, pergi ajela..

Pukul 9.45 pagi dah sampai kat Pusat Kursus Kahwin Mahligai Firdaus, Setiawangsa. Pertama kali masuk area Setiawangsa dan alhamdulillah tak sesat. Isi borang dan terus masuk duduk dalam bilik ceramah. Hari ni, 4 modul.. semuanya best. Ceramah yang tak bosan dan banyak informasi. Harap2 semuanya masuk dan terpahat dalam kepalaku. Aku tanya Ustaz, bila agak2 aku patut hantar borang untuk kebenaran bernikah.. dia kata sebulan ok.. tp dalam 3 bulan sebelum tu ok jugak. Yosh, 3 bulan..! (masuk buku!)... Aku kebetulan berbual dengan sorang lagi peserta kursus.. tanya pasal ujian HIV. Rupa2nya valid 6 bulan aje ujian tu, tapi result kluar instantly... makanya paling cepat aku buat ujian dan daftar kebenaran bernikah adalah pada bulan ogos tahun depan.. Takpe, lama lagi ..

Esok hari kedua kursus kahwin dari pukul 9 pagi sampai 1.30 petang. Lepas tu nak jenjalan cari kain ela untuk next baju kebaya moden... Hmm ..  tak sabarnya nak jahit kurung moden! :-)

Tuesday, December 13, 2011

DIET!

Seperti yang tertera di atas tu... DIET! Aku kenala berdiet! Walaupun berat dah turun 5kg lepas surgeri, sampai sekarang segitu la jugak. Dari 104 kg, sekarang dah 99.5kg dan dah berbulan segitu la jugak. Ya, tak dinafikan aku memang liat betul nak bersenam. Bila lenguh sendi, macam2 la alasan aku bagi.. adeh adeh. Sekarang aku jaga makan sikit, kurangkan nasi dan lebihkan sayur. Nak buang nasi dari menu memang susah sebab badan rasa lembik dan lapar bila tak makan nasi. So, peti sejuk aku sekarang penuh dengan salad macam2 jenis.

Mari lihat berapa kalori aku makan sehari hmmm

1. Ayam panggang (bahagian peha atau dada biasanya) dipanggang    112 kalori   x2  224 kalori
2. Salad dedaun                                                                                   33 kalori  x2   66 kalori
3. Yogurt (dip)  1/2 cawan                                                                   75 kalori  x2   150 kalori
4. Kopi segeran (Indocafe 3 in 1) 1 paket                                             85 kalori          85 kalori
                                                                                                       -------------------------------
                                                                                                          Sehari              525 kalori

Pilates exercise 30 mins                                                                                             -125 kalori

Adeh.. sikitnya kalori burned ...

*********************
Perkara yang patut aku elak:

1.Air soda .. 1 tin = 207 kalori (tak kenyang pun huhu )
2. Cravings makanan bukan2!!

The Bomb

Semua berlaku lepas aku dimasukkan ke wad untuk pembedahan "ovary cyst" di kiri dan kanan ovari. Alhamdulillah semuanya selamat, cuma kena sengsara macam orang dalam pantang. Sebulan lebih berpantang makan ikan rebus dan ayam rebus yang entah apa2 entah...... makanan orang sakit ..huhu.

Nurse bagitau aku, banyak kes macam aku ni dia jumpa sebab perempuan lambat kahwin dan lambat beranak. Maka kawan2 dia luar sana! Cepat2 la ya! Jangan jadi aku.. dah tua! Hahaha .. So, lepas surgeri aku bgtau boifren aku taknak kena macam ni lagi. Sedih aku, belum beranak dah kena pantang dan dah ada 'war scar' lagi. So, aku bagitau dia aku nak naik pelamin cepat2. Dia pun setuju. Aku suka majlis pertengahan tahun tapi takut budget tak cukup. Aku bercadang kalau nak beli apa2 biarlah masa Megasales. Boleh jimat sikit. So, lepas berbincang kami tetapkan hujung tahun 2012.

Lepas berbincang dengan mak aku, dia nak nikah mesti bulan lain selain Muharram, so tetapkan majlis nikah pada 11 November 2012 bersamaan 26 Zulhijjah 1433H. Ada setahun lagi, tapi dah kena fikirkan tema dan sebagainya....

Sejarah Cik Yanti - Encik Naseh

Kena mulakan dengan siapa aku dan jugak boifren ni..

Mari kembali semula ke zaman muda-muda dahulu di mana internet baru aje nak bertapak di Malaysia ni. Tahun di mana Malaysia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 1998. Dah lama kan? Memang pun (haha). Masa ni aku berjinak2 dengan IRC (Internet Relay Chat) ketika masih menuntut di Institut Teknologi Mara, Jengka. Jauh di tengah kawasan felda tu aku memangla bosan (aku ni mesti nampak bangunan konkrit shopping malls untuk hidup! haha). So, bila ada kelapangan aku pergi ke siberkafe kat situ untuk layan chatting. Dulu ada dua aje siberkafe di situ dan aku ni kira regular customer. Setiap hari chat dgn entah sapa2 entah lepas tu berbalas email dan jugak snail mail. Seronok juga dapat kawan dan adik2 ramai.

Dijadikan cerita, suatu hari tu aku chatting dengan seorang mamat ni. Borak punya borak, kira ngam la.. boleh jadi kawan. Maklumlah, aku duduk kat ITM dikelilingi orang2 melayu yang memang layan gila lagu melayu dan tak layan sangat lagu mat salleh. Aku pulak dah biasa dgn lagu mat salleh dari kecik, takde kawan nak borak lagu2 ni. Bila bual dgn mamat ni memang minat sama, artis dan lagu yang kami suka pun agak sama. Masa tu yang popular, Natalie Imbruglia dgn lagu "Torn", Savage Garden dgn "Truly Madly Deeply" dan macam2 lagi. So, aku rasa puas hati sangat dapat kawan baru macam ni. Dia pun student jugak, kat UM KL. Bila dah nak habis chat, dia bagi aku soalan cepu emas : "Boleh awak jadi girlfriend saya?". Apa pendapat korang jawapan aku?

Aku balas balik, aku kata "Kau gila". Tak kenal mana dah nak jadi girlfriend? Ishh.. mustahil mustahil.. not to mention masa ni aku long distance relationship dgn ntah mamat iran mana (yer, aku memang naif). Dalam kepala aku terbayangkan mamat skinhead yang diceritakan oleh kawan2 dari KL. Takutnya. Aku tolak offer dia dan cakap kawan aje bolehla. Dijadikan cerita, kami memang selalu berutus surat (although bilangan surat aku 2x dia).. apa nak buat, Jengka bosan masa tu. Dipendekkan cerita, aku kembali single disember tu dan walaupun aku ada "crush" kat student akaun ITM yang comel tu, dia terlalu pemalu. Oh well, aku 2x saiz dia pun.. mesti dia seram dgn aku..hu hu... Kawan2 aku sibuk suruh aku "couple" jek dgn member KL tu. Orangnya hensem, tulisan dia comel dan nampak gayanya orang baik2. So, tahun baru tu dia tanya aku apa azam tahun baru aku, aku bgtau aku nak boifren etc... dia pun offer diri dia jadi boifren. 

Pejam celik, dah 12 tahun kami berdating. Kenapa begitu lama tak naik pelamin lagi? Hmm.......... entah yek. Kesimpulannya, kenal dia dari IRC, berdating tanpa pernah berjumpa lagi. Jumpa dia 3 bulan lepas jadi  bf-gf. First date : KLCC :D

Oh ya, aku orang selatan dan dia orang utara.. jauh perjalanan nanti.. sakit fungkok makcik... 

Finally!!

Setelah sekian lama, akhirnya... tercapai juga impian untuk melangkah ke alam perkahwinan. Perjalanan yang begitu jauh.. begitu penat aku menunggu, akhirnya.. Although baru tahap perancangan, desas desusnya ada. Tapi pada peringkat sekarang (masa aku tulis ni.. still dirahsiakan dari ramai orang, hanya beberapa sahaja yang tau.. ).

Blog ni untuk proses perancangan aku dari A ke Z, dari permulaan mengira budget hinggalah ke hari bersejarah. Dalam masa yang sama juga proses untuk aku cuba menguruskan badan (makcik dah gemuk!).

Buat masa ni, selamat merancang yer ... cik Yanti!