Haa, hari ni aku bangun awal... pukul 8 dah bangun, mandi dan pakai baju kurung cantik2 (baju kurung yang dah naik berhabuk dan berdebu sikit tu sebab lama tak pakai). Apa tujuan? Kursus kahwin! Walaupun majlis pernikahan aku laaaammmaaaaaaa lagi, aku buat keputusan untuk pergi kursus sebab dengar ura-ura modul akan ditukar dari 2 hari ke 3 hari 2 malam (betul atau tidak, entah yer..). So, pergi ajela..
Pukul 9.45 pagi dah sampai kat Pusat Kursus Kahwin Mahligai Firdaus, Setiawangsa. Pertama kali masuk area Setiawangsa dan alhamdulillah tak sesat. Isi borang dan terus masuk duduk dalam bilik ceramah. Hari ni, 4 modul.. semuanya best. Ceramah yang tak bosan dan banyak informasi. Harap2 semuanya masuk dan terpahat dalam kepalaku. Aku tanya Ustaz, bila agak2 aku patut hantar borang untuk kebenaran bernikah.. dia kata sebulan ok.. tp dalam 3 bulan sebelum tu ok jugak. Yosh, 3 bulan..! (masuk buku!)... Aku kebetulan berbual dengan sorang lagi peserta kursus.. tanya pasal ujian HIV. Rupa2nya valid 6 bulan aje ujian tu, tapi result kluar instantly... makanya paling cepat aku buat ujian dan daftar kebenaran bernikah adalah pada bulan ogos tahun depan.. Takpe, lama lagi ..
Esok hari kedua kursus kahwin dari pukul 9 pagi sampai 1.30 petang. Lepas tu nak jenjalan cari kain ela untuk next baju kebaya moden... Hmm .. tak sabarnya nak jahit kurung moden! :-)
No comments:
Post a Comment